Friday, July 25, 2008

Baru jer selesai baca berita kat TheStar tentang harga baru diesel dan petrol setelah dipersetujui oleh kabinet. Jadi berkuat kuasa tengah malam ini….maka seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol dan diesel baharu tidak termasuk minyak angin cap kapak, minyak afiat, minyak gamat dan juga minyak rambut…

Pengumuman telah dibuat…sebagai rakyat kita terpaksa akur menerimanya walaupun aku tahu majaroti korang juga tidak suka dengan hal ini. Harga baru mulai 05 Jun 2008 adalah sebanyak RM2.70 seliter berbanding RM1.92 sebelum ini.
Nampaknya kita semua perlulah berusaha dengan lebih lagi bagi menghadapi kehidupan yang semakin meningkat kos perbelanjaannya. Mengambil kira diri aku sendiri… kebiasaannya aku mengeluarkan RM80 untuk seminggu penggunaan minyak. Ini bermakna selepas tengah malam ini perbelanjaan seminggu minyak kereta aku akan menjadi RM113.40. Ini bermakna jika sebulan…aku perlu membelanjakan RM453.60 berbanding sebelum ini hanya RM320.00 sebulan. So..duit aku telah dicuri sebanyak RM133.60 X 12 = RM1603.20. Disamping itu menurut Pak Lah, kerajaan akan memperuntukkan RM625 untuk kenderaan persendirian sehingga 2000cc termasuklah kereta aku…..macam kelas matematik pulak post aku ni…
Post bersambung…………………..
Tadi aku beratur selama sejam untuk mengisi minyak. Situasi ini mungkin korang juga alami dan rasanya semua stesyen minyak penuh sesak ketika aku menulis post ini.
Selain kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia juga akan menikmati tarif elektrik baru mulai Julai ini. Yang pasti selepas ini harga2 keperluan lain pasti turut berubah dan sudah semestinya bertambah mahal.
Apakah langkah terbaik pada pandangan korang?? Apakah respon korang tentang harga minyak yang mengalami kenaikan secara tiba2 dan kenaikan tertinggi setakat ini.
Salam hormat